Mazhab bisnes ni ada banyak. Tiada yang salah. Semuanya betul selagi tak melanggar hukum syariah dan undang-undang. 

Kita boleh tengok mana-mana yang kita rasa ok dan sesuai dengan kita. 

*MEWARISKAN BISNES

Bila ditanya dalam seminar kami, ramai juga yang buat bisnes sebab nak mewariskan bisnes. Dia nak buat bisnes turun temurun. Kalau boleh sampai ke cucu dia buat bisnes ni. Contoh bisnes ni macam Genting, NAZA, Tan Chong Motor, etc. 

*KONSEP STARTUP

Masih baru lagi di Malaysia, mazhab startup mementingkan growth at all cost. Untung tolak tepi. Yang penting, bisnes mesti menguasai pasaran dan mengganggu industri sedia ada. Kebanyakannya adalah dalam industry technology. Contoh bisnes ni macam Grab, Shopee, etc. 

*MONEY, MONEY, MONEY

Ikutkan ramai dalam kategori ni. Tak kisah pun bab jenama, produk, atau apa yang tak penting. Janji buat duit. Selagi benda boleh buat duit, dia buat bisnes tu. Kalau dah tak boleh, dia tinggalkan. 

*BUAT BISNES JUAL BISNES

Yang ni buat bisnes hanya untuk menjual bisnes tersebut. Bisnes tersebut boleh jadi untung, boleh jadi tak. Tapi in order untuk menjual bisnes, bisnes ni dari awal ditubuhkan tanpa menggunakan identiti pengasas bisnes tu. Contoh bisnes ni macam Body Shop, Victoria Secret, etc. 

*BISNES SEBAGAI KERJA

Tak semua orang buat bisnes sebab nak kaya. Ada je orang buat bisnes sebab nak gantikan kerja. Sebelum ni mungkin dia dibuang kerja, dia nak bisnes untuk gantikan gaji dia saja. Contoh macam bisnes pasar malam, bisnes nasi bungkus, dan sebagainya. 

Apa pun pilihan mazhab bisnes yang kita nak, tak ada salah selagi kita gembira melakukannya dan hasilnya. 

Yang akan jadi salah atau tersilap pilih mazhab adalah apabila kita dah pilih mazhab tertentu tapi kita merungut sentiasa tak puas hati dengan hasil yang kita dapat. Sedangkan untuk dapatkan hasil berbeza, kita kena gunakan mazhab berbeza. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.