Masalah nombor satu peniaga online adalah apabila nak menjual di Internet. Kadang tu ada yang dah cuba bermacam-macam cara tapi masih lagi tak berhasil.


Cakap pasal pilih produk, semua orang dah tak ada masalah nak pilih produk untuk dijual. Berlambak produk yang kita boleh jual. Pilih je la daripada company MLM ke, founder produk ke, Taobao ke, Shopee ke, mana-mana pun ada je produk yang kita boleh jual.


Tapi bila datang kat part menjual tu, mula la menggigil. Letak produk kat sana sini dan macam-macam tempat untuk promosi, sadis tak ada orang pun nak membeli.


Like dah ada, komen dah ada, tapi yang nak membeli tu tak ada. Apa sebenarnya masalah kat sini?

  • TAK EDUCATE PROSPEK SECUKUPNYA


Setiap orang, termasuk diri kit sendiri akan rasa cerewet sebelum kita nak beli sesuatu produk. Yela kan, siapa yang tak sayang duit oiii.. Kita akan buat research, tanya penjual tu betul-betul, baru kita buat keputusan untuk beli. Sama la juga macam prospek kita jugak. Mereka perlukan lebih info pasal kita, pasal produk, pasal tawaran, sebelum mereka boleh buat keputusan untuk membeli.

  • TAK ADA SALES FUNNEL

Lazimnya, peniaga online hanya ada satu funnel saja. Ada orang nak beli, dia jual. Selain tu, kalau orang nak tahu ke, nak tengok-tengok dulu ke, nak tanya-tanya dulu ke, nak cuci mata ke, yang tu diabaikan dan dianggap sama macam orang yang tak berminat langsung untuk membeli. Kena faham, sebelum orang nak jatuh cinta dengan kita sebagai penjual, dia akan lalu beberapa fasa terlebih dahulu. Alaa sama la macam orang nak cari jodoh. Kena bagi bunga dulu, kena belanja makan dulu, kena jumpa parent dulu, kemudian baru boleh ajak kahwin kan..

  • TAK BETUL-BETUL KENAL PROSPEK


Kalau kita nak pancing ikan, dah tentu kita pergi ke kolam atau laut kan? Yang ni ramai orang tau dah analogi ni. Dan ramai jugak orang dah implemen benda yang sama dalam jualan untuk bisnes mereka. Tapi kalau kita nak pancing ikan baung (lebih spesifik), dekat mana kita nak pancing? Adakah mana-mana kolam pun ada? Mana-mana laut pun ada? Atau hanya di sungai saja? Begitu jugak macam kita nak cari audiens kita baik di Facebook, Youtube, Instagram, atau dimana saja. Kena faham di platform mana mereka berada dan hashtag apa yang mereka gunakan.


Atas ni adalah 3 kesilapan yang sering dilakukan oleh peniaga internet. Jika anda berjaya selesaikan 3 masalah utama ni, anda pasti boleh menjual di Internet dengan mudah.


Yang penting, kena ingat bahawa menjual bukanlah memerlukan bakat. Ia memerlukan pengetahuan, latihan, dan pengalaman untuk menjadi penjual yang baik lebih-lebih lagi di Internet.

Leave a Reply

Your email address will not be published.