JomBangkit #1 – 90% Peniaga Gagal Disebabkan 1 Perkara Ini!

By |2018-02-21T17:15:36+00:00February 20th, 2018|#JomBangkit|
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

 

Adakah anda?

  • Sudah labur banyak masa & tenaga belajar ilmu berniaga sehingga banyak follow follow sifu perniagaan sampai semua ebook, video, seminar & kelas sudah dibeli?
  • Sudah labur duit yang banyak untuk mula berniaga? Samada labur untuk dapatkan produk, menjadi ejen/dropship/stokis?
  • Dan kemudiannya sudah labur duit yang banyak untuk marketing?

Pendek kata, semua dah buat hanya untuk mengetahui apa yang diusahakan.. tidak menjadi?

Anda tak keseorangan.

Dimanakah silapnya?

Kalau kita Google atau buka Facebook mesti macam-macam cerita yang kita dengar. Di Google pula ada jutaan artikel mengenai kegagalan bisnes.

Tetapi adakah semuanya sesuai dengan kita?

Mengikut pengalaman saya selama 5-6 tahun mengajar dan mendidik orang berniaga online (tak kira apa taraf sekalipun), 90% peniaga online gagal disebabkan perkara ini:

Punca #5 – Pesaing.

(Kenapa #5? Kerana ada 4 lagi punca yang akan dikongsikan kemudian! Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa pesaing muncul walaupun kita yang terawal.)

Ini antara sebab terbesar yang mengganggu perniagaan kita. Antara kesilapan besar bagi mereka yang berniaga (tak kira baru atau sudah veteran) ialah tak periksa pesaing di pasaran. Berapa banyak kali dah saya coach orang hanya untuk mendapati produk mereka sudah banyak yang serupa di pasaran?

Pernah dengar pepatah ‘usah fikirkan apa orang lain buat, kita buat kerja kita sahaja’?

Maka apa yang terjadi bila kita buat tak tahu tentang kewujudan persaingan dan terus berniaga sahaja?

Akibatnya, pesaing dah makan market kita. Masih nak buat tak tahu?

Inilah antara perkara yang menjadikan satu perniagaan itu mati tak kira baru atau lama.

Sebagai contoh:

#1 – Pomade

Dulu dijual RM60, kini sudah jatuh RM30. Terkini di pasar malam sahaja dijual RM10. Lagi terkini di GM Klang 3 bekas pomade dijual pada harga RM10 sahaja.

#2 – Produk kecantikan

Produk pemutih kulit. Dulu dirajai oleh Sendayu Tinggi dan brand-brand lain. Modal memasuki pasaran mencecah ratusan dan mungkin jutaan Ringgit. Kini sesiapa pun boleh mengeluarkan produk dan jenama sendiri hanya bermodalkan ratusan Ringgit sahaja.

#3 – Fesyen

Dulu kita dikejutkan dengan brand Zawara, Bella Ammara. Kini ada Zawara, brand yang besar pun sudah beralih bisnes! Kenapa? Lambakan produk yang terlalu banyak di pasaran!

Mengapa pesaing boleh muncul walaupun kita yang terlebih dahulu masuk market?

Inilah sebabnya!

#1 – Market baru bermaksud duit yang banyak!

Sesiapa sahaja yang ingin duit yang cepat akan meniru mereka yang dah berjaya! Tak perlu nak pecah kepala memikir, keluar duit buat R&D. Tiru je yang dah berjaya! Maka pesaing mula memasang mata mencari cara menghasilkan produk..

#2 – Meniru itu mudah apabila banyak supplier!

Langkah seterusnya bila dah tahu market tu masih baru, cari je supplier di Internet. Serius! Buka je Internet, macam-macam supplier dah ada! Samada tempatan atau import China. Sesiapa pun boleh start bisnes yang sama dengan orang yang dah pegang market.

#3 – Pemasaran Internet memudahkan pesaing merampas customer kita.

Inilah yang berlaku pada pomade, produk kecantikan & fesyen yang sebutkan di atas. Kesemua perniagaan itu dicantas hanya dengan social media sahaja. Apatah lagi produk kita yang mudah orang tiru dan buang harga?

Apabila orang sudah tahu di mana produk boleh dicari dan bagaimana nak capai bakal customer, maka mudahlah orang beralih arah apabila produk yang ditawarkan boleh didapati dengan harga yang lebih murah.

Jadi, jika anda sudah gagal dan terduduk, adakah salah satu puncanya disebabkan pesaing? Jika ya, bagaimana nak atasinya? Atau adakah anda gagal disebabkan perkara yang lain?

Jangan risau, semua itu saya akan cover dalam artikel yang seterusnya!

Jumpa lagi!


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

About the Author:

Orang tengah yang menghubungkan peniaga & pengguna.

Leave A Comment

Bitnami