JomBangkit #5 – Kejayaan Adalah Tanggungjawab Insan Itu Sendiri

By |2018-03-15T14:46:39+00:00March 12th, 2018|#JomBangkit|
  • 2
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

Salam!

Setelah bertahun saya menjalankan program seminar & kelas di Jootawan, saya dapati kebanyakan peniaga sudah terkubur bisnesnya.

Walaupun sudah belajar Facebook Ads, Instagram Ads, Google Adwords, cara close sales, cara jalankan bisnes dan lain-lain lagi, akan sampai masa mereka give-up dan tak teruskan perniagaan.

Inilah realiti perniagaan. 9/10 perniagaan akan gagal.

Apakah puncanya? Telah saya kongsikan dalam 4 artikel dalam siri #JomBangkit sebelum ini.

Walaupun anda mungkin sudah mahir dalam perkara teknikal, bila kegagalan melanda, ramai yang jatuh tak bangkit-bangkit lagi.

  • Ada yang melompat buat bisnes lain.
  • Ada yang masih cuba teruskan perniagaan yang tidak menguntungkan langsung.
  • Ada yang terus give-up.

Dan bila sudah give-up, kebanyakkannya tidak naik-naik lagi.

Inilah yang saya mahu kongsikan dalam punca terakhir yang menyebabkan bisnes itu jatuh: diri sendiri.

Memang kita akan punya 1001 alasan kenapa bisnes itu boleh jatuh.

Tetapi menyalahkan orang lain tidak akan menjadikan keadaan lebih baik.

Kita kena sedar bahawa kita sendiri yang bawa diri kita ke sini. Memang ini kedengaran tidak selesa, tetapi inilah realitinya = kekuatan sesuatu perniagaan itu ditentukan oleh pemiliknya, jika pemiliknya gagah, maka gagahlah bisnesnya. Jika pemilik itu tidak gagah, maka….. tidak gahlah bisnes itu.

So apa yang boleh dibuat?

Jawapannya mudah, kena bangkit balik.

Mungkin kita kecewa punca pendapatan dari perniagaan sudah hilang, customer sudah lari, perniagaan kena cantas, team berpecah belah, founder bertelagah, halangan undang-undang dan lain-lain lagi sebabnya.

Tetapi itu bukanlah sebab untuk kita terus give-up dari mencuba.

Sebab itu saya ingin syorkan kepada anda, jika anda sudah mengalah, berehatlah dulu dan kemudian bangkit kembali.

Kerana perjuangan belum selesai!

Saya sendiri lalui banyak kegagalan dahulu sebelum berjaya dengan perniagaan online yang saya ceburi. Memang ia perlukan masa tetapi bangkit berjuang semula adalah lebih berbaloi daripada duduk menyalahkan alam semesta.

Oleh sebab itu, saya ingin berikan satu kajian kes bagaimana seorang student saya berjaya bangkit kembali dan jana satu juta ringgit dalam masa setahun sahaja! Tetapi kajian kes ini hanya untuk mereka yang betul-betul ingin bangkit kembali sahaja. Jika sekadar download suka-suka, tidak perlulah buang masa dan teruskan dengan apa yang anda buat.

Ebook ini akan diberikan dalam seminggu dua lagi, tetapi jika anda serius, saya hanya berikan lebih awal lagi kepada mereka yang isikan borang di bawah sahaja.

Jumpa lagi!


  • 2
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

About the Author:

Orang tengah yang menghubungkan peniaga & pengguna.

Leave A Comment

Bitnami