JomBangkit #4 – Ini Sebab #1 Kenapa Perniagaan Itu Gagal

By | 2018-03-08T16:42:52+00:00 March 8th, 2018|#JomBangkit|
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Salam! Bertemu lagi kita dalam #JomBangkit.

Sebelum ini saya pernah share 3 sebab kenapa satu perniagaan itu boleh gagal. Kali ni saya nak ceritakan sebab #1 yang menjadikan perniagaan itu akan gagal.

Apabila berniaga, kita mungkin pernah disajikan dengan cerita kejayaan mencapai jutaan Ringgit sekelip mata. Tetapi realitinya, ianya bukan semudah itu. Boleh dikatakan 90% gagal mencapai apa yang 10% telah kecapi.

Sepanjang saya mengajar orang berniaga secara online, walaupun teknik pemasaran memang mereka memang power (dan berjaya capai 5-6 angka jualan!) tetapi akhirnya setahun dua selepas itu, terus diam… rupanya sudah tutup bisnes. Kenapa?

Punca #4 – Produk.

Produk adalah sebab kenapa pembeli ingin membeli dari kita. Dan dari banyak perniagaan yang saya lihat dari student saya, kebanyakannya gagal disebabkan produk itu sendiri. Apakah petandanya?

  • Sudah banyak keluar kos menghasilkan produk, tapi susah jual.
  • Kos pemasaran sudah banyak dikeluarkan, prospek banyak bertanya tapi tak beli.
  • Segala teknik jualan digunakan tetapi sales tetap statik/makin menurun.

Akhirnya baru sedar kos sudah banyak keluar, tapi perniagaan tak menguntungkan.

Kenapa jadi begini?

#1 – Produk yang tidak menguntungkan.

Ada banyak sebab yang menjadikan roduk tidak menguntungkan:

  • Untung kecil setelah jualan dilakukan. Ini berlaku kerana tidak mengira kos untuk menjalankan perniagaan itu sendiri.
  • Kos yang mahal. Sudahlah untung kecil, kos pula mahal. Akhirnya nak jalankan perniagaan kerana untung yang sedikit sebenarnya tidak berbaloi untung long-term.

#2 – Tidak pedulikan pembeli.

Apabila menjual, hanya mahu sales sahaja dan tidak mahu mendengar komen dari pembeli. Berfikiran negatif kata penjual. Disebabkan kesombongan ini, ada perniagaan terus menjunam lama-kelamaan kerana timbul pesaing yang memberikan produk yang lebih baik daripada penjual.

#3 – Tidak ada pasaran untuk produk.

Inilah sebab terbesar yang menyebabkan banyak perniagaan gagal. Antara survey yang dijalankan mendapati punca banyak pernigaan/startup gagal adalah disebabkan produk itu sendiri.

Apa guna sudah spend masa/duit/tenaga untuk menghasilkan dan menjual produk yang tiada siapa mahukan? Inilah yang dipanggil syok sendiri.

Bagaimana nak kenal produk syok sendiri? Bila kita rasa kita betul dan main buat je tanpa kaji pasaran samada orang mahukannya atau tidak.

Itulah dia! Sebab terpaling utama mengapa satu perniagaan itu gagal.

Adakah anda menghadapi masalah yang sama? Anda tak keseorangan. Sebab itu penting untuk pilih produk yang betul.

Jika anda sudah lama berniaga dan sukar membuat keuntungan yang berpanjangan, ingatlah bahawa pemilihan produk adalah penentu perniagaan itu berjaya atau tidak.

Jumpa lagi!


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

About the Author:

Orang tengah yang menghubungkan peniaga & pengguna.

Leave A Comment

Bitnami