JomBangkit #3 – Tiada Arah – Ini Puncanya Kenapa Perniagaan Susah Berkembang

By |2018-03-08T16:30:07+00:00February 26th, 2018|#JomBangkit|
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Salam! Bertemu lagi kita dalam #JomBangkit!

Banyak betul kisah jatuh bangun yang saya sendiri lihat pada student saya. Kalau saya share habis di sini nanti takut anda lari jauh-jauh dari berbisnes hehehe. Tapi jangan takut… bisnes ini indah pengakhirannya sebab itu ada yang jatuh pun akan naik balik.

Thomas Edison jatuh berapa kali baru berjaya cipta mentol lampu (10,000 kali mencuba) takkanlah kita baru sekali tak jadi sudah give-up?

Dunia bisnes ini menguntungkan akhirnya, walaupun jalannya berliku, ianya sungguh manis di akhir jalan itu.

Kali ni saya nak share kenapa ada perniagaan walaupun dah belajar marketing & pandai menjual, tetap sangkut di paras yang sama.

 

Punca #3 – Business Game Plan (rancangan perniagaan).

Ada orang bila masuk arena perniagaan tiba-tiba apa yang diusahakan menjadi.. dan mula terasa excited nak kembangkan perniagaan. Macam-macam kelas/seminar/panduan dibelinya dan dipraktikkan. Tetapi…

  • Kos marketing sudah banyak dikeluarkan, tetapi sales tetap statik.
  • Sudah cuba tambah staf, ejen, stokis dan lain-lain tetapi tetap dirasakan bisnes tak berkembang.
  • Sampai masa, jualan produk sudah mula menurun.

…akhirnya tak tahu apa nak buat untuk kembangkan lagi perniagaan.

Sudah banyak kali saya lihat student yang sangkut di fasa ini. Duk pusing tang tu je, tau-tau je dah tak berniaga walaupun sebelum ni syok beritahu sales ejen 4-5 angka sebulan.

Inilah yang berlaku:

#1 – Tidak menjana duit yang cukup dari perniagaan

Mungkin inilah yang menyebabkan sales setiap bulan statik dan semakin menurun. Perniagaan yang dijalankan tidak boleh menjana duit yang banyak lebih-lebih lagi kalau kita jual produk yang orang beli sekali sahaja.

  • Kenapa ada bisnes labur iklan RM1000 sebulan boleh jana RM10,000 untuk bulan-bulan berikutnya?
  • Kenapa ada bisnes labur iklan RM1000 sebulan boleh jana RM10,000 pada bulan itu sahaja?

Kerana kegagalan melihat customer lifetime value menyebabkan banyak perniagaan itu rugi.

#2 – Perlaksanaan yang gagal

Walaupun bisnes model boleh buat duit, tetapi perlaksanaan yang teruk akan mencacatkan keseluruhan operasi bisnes. Macamana tu?

  • Bila boleh berpasukan, suka buat sendiri.
  • Bila sudah berpasukan, team tidak bersatu hati.

Akhirnya terjadi perpecahan dalaman bisnes itu sendiri.. berapa banyak kisah bisnes tutup disebabkan isu dalaman?

Okay, katakan team anda bagus. Ianya boleh jadi isu juga apabila..

#3 – Salah/tiada bisnes model.

Ini paling jelas sekali. Kemungkinan besar mereka merasakan bisnes yang diusahakan boleh dikembangkan tanpa kaji selidik terlebih dahulu. Tetapi masalah mula timbul apabila sudah lama berniaga barulah tahu bisnesnya tak boleh pergi jauh sebab bisnes model tu sendiri.

  • Berapa ramai pengusaha produk yang kehilangan ejen/stokis apabila produk tidak boleh pergi jauh?
  • Ataupun bisnes ditutup kerana tak boleh kekalkan keuntungan?

Oleh itu, antara halangan utama perniagaan itu ialah bisnes plan/game plan itu sendiri.

Apakah bisnes plan yang anda gunakan? Adakah ianya sesuai? Atau syok sendiri (mintak jauh ya ampun)?

Kita semua buat silap, yang penting belajar dan jangan ulang lagi.

Adakah bisnes model anda sudah bagus tetapi sales tetap statik? Saya akan share lagi satu puncanya dalam artikel yang seterusnya.

Jumpa lagi!


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

About the Author:

Orang tengah yang menghubungkan peniaga & pengguna.

Leave A Comment

Bitnami