JomBangkit #2 – 100% Akan Gagal Kalau Tersilap Bahagian Ini!

By | 2018-02-23T10:17:56+00:00 February 22nd, 2018|#JomBangkit|
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Hai! Bertemu lagi kita dalam #JomBangkit edisi ke-2!

Kali ni saya nak ceritakan satu perkara yang memang 100% akan gagalkan perniagaan kalau tidak dijaga dengan betul, iaitu:

 

Punca #4 – Marketing (pengiklanan).

Baca punca #5 di sini –> http://jootawan.com/jombangkit-peniaga-gagal-disebabkan-1-perkara-ini/

Adakah anda?

  • Teringin buat duit dengan berniaga dan sudah kira semua kos untuk menjalankan bisnes itu?
  • Memberanikan diri mengambil risiko dengan melabur untuk kos-kos perniagaan ini?
  • Kemudian menjalankan perniagaan dengan harapan boleh buat untung?

Hanya untuk mengetahui sales semakin susah nak masuk? Duit semakin lama… semakin habis?

Anda tak keseorangan, lagi. Ramai yang menghadapinya.

Dimanakah silapnya?

Antara sebab kenapa suatu perniagaan itu sukar untuk membuat keuntungan sehingga ditutup ialah marketing itu sendiri. Sebut sahaja marketing, mesti ramai yang ingat pengiklanan. Tidak, marketing itu luas maksudnya. Secara ringkasnya, marketing ialah mencari produk dan pembeli, kemudian menjalankan aktiviti menghantar produk kepada pembeli.

Sebab itulah ramai yang kecundang apabila lain yang kita buat, lain yang jadi. Apakah yang berlaku? Meh sini saya share!

#1 – Tidak tahu siapa customer sebenarnya.

Ingat, produk tidak terjual dengan sendirinya. Kita kena menjalankan aktiviti menarik orang untuk membeli produk kita. Oleh kerana Internet memudahkan kita berniaga, kita pun belajar FB Ads (keluar duit lagi) dan kena hantar pengiklanan di FB Ads (lagi keluar duit lagi).

Tetapi inilah silap paling besar yang ramai orang buat. Teknik pengiklanan dah belajar, tapi tak tahu siapa bakal pembeli. Main tabur rata sahaja. Bila nampak iklan kelas/seminar/panduan marketing yang baru = terus labur duit dan buat pengiklanan lagi. Semua channel ditembaknya tapi yang membelinya kurang. Lepas tu mula tanya kenapa takde orang beli lagi ni??

#2 – Tidak sedar kos pengiklanan semakin mahal.

Kos marketing makin naik, tapi sales gitu-gitu je. Ingat, kita ni keluar duit dekat pengiklanan dan menjadi tugas kita mengetahui kenapa ianya tidak menjadi. Tetapi ramai yang hanya buat pengiklanan jenis tabur & doa semoga ada umpan mengena. Sedar tak sedar kita mengkayakan Mark Zuckerberg dan akhirnya Mark menjadi tamak sampai Mark sendiri nak kurangkan reach Facebook Pages di news feed untuk Facebook profile. Ini bermakna, kena bayar lebih lagi!

Tu belum masuk pesaing lagi… pesaing anda sendiri akan menyebabkan anda kena keluar kos dengan lebih banyak dari sebelum ni untuk merebut customer yang sama!

Lepas tu, mulalah nak gunakan teknik percuma… spam group pakai profile, masuk WhatsApp.. hanya untuk dapat respons krik-krik dan blue tick di WhatsApp sahaja.

#3 – Tidak tahu kos sebenar pemasaran untuk perniagaan kita.

Sepatutnya ini ditulis sebagai #1 tapi saja nak share last-last. Inilah silap yang menyebabkan banyak duit bocor sana sini. Berniaga ni memang ada banyak kos selain kos produk, kos marketing dan untung sahaja. Orang baru selalu silap di bahagian ini. Apakah kos-kos lain yang orang baru tak nampak?

Jika berniaga part-time (kiraan di bawah adalah contoh):

  • Kos produk (RM60 kos, untung RM40)
  • Kos pengiklanan (RM100)
  • Kos hantar produk (RM30)
  • Kos Internet. (RM200)
  • Kos elektrik. (RM100)
  • Kos makan minum. (RM600)
  • Upah buat kerja. (RM? ‘Pinjam’ je duit perniagaan dulu…)
  • ..dan lain-lain kos berniaga part-time.

Jika dikira daripada kos di atas, jumlah yang kena ada setiap bulan ialah RM1030 (sebagai contoh). Jika untung RM40, berapa sales yang diperlukan untuk cover kos berniaga sebulan sahaja? Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai banyak pesaing seperti yang saya pernah share sebelum ni.

Apa, ingat berniaga kena keluar kos produk dan marketing je ke? Yang lain-lain inilah yang menyebabkan duit semakin terhakis dalam diam walaupun ada sales.. saya berani jamin, jika anda buat kira-kira untuk perniagaan anda, mungkin anda nampak untung RM50-60 tidaklah menguntungkan sebenarnya.

 

Inilah cabaran orang yang berniaga dari segi pemasaran. Banyak perniagaan yang saya coach pun hadapi masalah yang sama, akhirnya diam-diam tutup bisnes dan buat benda baru. Kalau anda tak sedar kos yang dikeluarkan (dan juga usaha yang diperlukan untuk perbaikinya) maka bersiap sedialah untuk berkubur lebih awal.

Adakah marketing penyebab utama anda jatuh? Jika ya, jom share apa pengajaran yang anda dapat agar orang lain boleh belajar sama? Atau adakah disebabkan benda lain?

Jika ya, jangan risau, semua itu saya akan cover dalam artikel yang seterusnya!

Jumpa lagi!


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

About the Author:

Orang tengah yang menghubungkan peniaga & pengguna.

Leave A Comment

Bitnami